Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Al-Ittihad Sanggup Bayar RM763.20 Juta Demi Dapatkan Salah

Baru-baru ini, kelab Arab Saudi iaitu Al-Ittihad memaklumkan mereka sanggup membayar 130 juta pound (RM763.20 Juta) untuk Mohamed Salah, selain kontrak 170 juta pound (RM998.03 juta) setahun.

Menurut laporan Utusan Malaysia, penawaran tersebut tidak membuatkan Liverpool tergugat dan menegaskan Salah tak akan dijual kepada pasukan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang menarik perhatian ramai, Al-Ittihad sedia meyakinkan Salah dengan menawarkan kontrak mewah seperti yang dinikmati Cristiano Ronaldo dan Neymar dalam Liga Pro Saudi.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan, kami tidak menerima sebarang tawaran. Mo adalah pemain Liverpool dan penting dalam perancangan kami.
“Jika ada sebarang tawaran, jawapannya adalah tidak” tegas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
View this post on Instagram

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kelab-kelab Arab Saudi pula mempunyai masa sehingga 20 September untuk menyempurnakan urusan mereka memandangkan jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris akan ditutup pada Jumaat ini.

Disebabkan tarikh tutup jendela perpindahan yang berbeza, ia akan menyukarkan kelab-kelab Liga Perdana dan Eropah untuk membuat keputusan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

“Sebelum ini perkara sama berlaku dengan Russia, mereka mempunyai jendela perpindahan berbeza tetapi tidak mempunyai banyak wang.
“Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada sistem, anda perlu melakukan urusan perniagaan dalam tempoh yang sama. Saya pasti FIFA (badan bola sepak dunia) akan melakukannya jika mereka mahu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Nasional

Di sebalik seragam dan disiplin ketenteraan, tersimpan impian yang selama ini mungkin tertangguh demi tugas dan negara. Kini menerusi program Work-Based Learning (WBL) Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd