Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sejauh 96KM, 14 MPV Polis Kejar Pasangan Kekasih Positif Bahan Terlarang

Aksi nekad sepasang kekasih melarikan diri daripada polis sejah  96 kilometer berakhir  awal pagi Rabu apbila mereka berjaya di tahan di Jalan  Persisiran Tanjung Langsat selepas sejam dikejar.

Kejadian bermula sekitar jam 1.40 pagi apabila suspek lelaki berusia 36 tahun dikesan memandu Proton Wira dalam keadaan mencurigakan oleh anggota peronda  (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Foto: FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Menurut Ketua Polis Derah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek enggan berhenti walapun diarahkan, sebaliknya bertindak memecut laju dan memandu secara melawan arus.

“Suspek melarikan diri melalui Lebuhraya Pasir Gudang ke Perling, kemudian ke Lebuhraya Utara-Selatan, berpatah balik ke Lebuhraya Pasir Gudang, sebelum memasuki Lebuhraya EDL, Pusat Bandar, Southkey, Jalan Bakar Batu, Jalan Masai Lama dan akhirnya ke Tanjung Langsat.
 “Kejadian turut melibatkan 14 MPV dari IPD Johor Bahru Selatan, IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam sebelum kereta suspek berjaya ditahan selepas sejam 22 minit dikejar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 0.45 gram dadah jenis syabu, serta kedua-dua suspek yang berusia 36 tahun dan 34 tahun disahkan positif methamphetamine.

Foto: FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

“Semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala pemandu tidak mempunyai lesen, manakala cukai jalan kenderaan juga telah tamat tempoh,” ujarnya

Kini, pasangan tersebut direman selamat empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan; Seksyen 42(1), Seksyen 26(1), dan Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Foto: FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Sebelum kejadian ini tular, beberapa video dimuat naik di media sosial memaparkan aksi kejar-mengejar membabitkan kenderaan polis dan kereta suspek di Lebuhraya Pasir Gudang.

Sumber: Facebook (Polis Daerah Johor Bahru Selatan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd