Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AirBorneo Kendali Semua Perkhidmatan MASwings Bermula Januari Depan

Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa mulai 1 Januari 2026, semua operasi MASwings akan diserahkan sepenuhnya kepada AirBorneo. Langkah ini susulan penyempurnaan proses pemindahan pemilikan melalui Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani bersama Kerajaan Sarawak pada 12 Februari 2025.

 AirBorneo memperkenalkan identiti korporat baharu secara berperingkat

Menurut laporan Buletin TV3, dalam kenyataan hari ini, MAG menjelaskan bahawa AirBorneo akan menguruskan sepenuhnya penerbangan, perkhidmatan pelanggan dan semua urusan berkaitan penumpang yang sebelum ini diambil alih MASwings.

AirBorneo

MAG turut memaklumkan bahawa dalam fasa awal peralihan, jenama MASwings mungkin masih kelihatan sementara AirBorneo memperkenalkan identiti korporat baharu secara berperingkat.

Artikel lain: Pramugari MAS Bersara Selepas 40 Tahun, Anak Bertugas Raikan Dalam Penerbangan Terakhir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak ditubuhkan pada 1 Oktober 2007, MASwings telah menjadi penerbangan komuter pertama yang memberi tumpuan kepada Malaysia Timur, khususnya Sabah, Sarawak dan Labuan.

Operasinya bermula dengan empat pesawat Fokker 50 dan empat Twin Otter, meliputi 22 destinasi. Pada 2009, armada Fokker 50 diganti secara berperingkat dengan ATR 72-500, meningkatkan kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang.

MAG menekankan bahawa peralihan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan udara di kawasan luar bandar kekal lancar.

AirBorneo

MASwings selama ini memainkan peranan penting dalam menyambungkan komuniti pedalaman dengan pusat bandar utama, memberi akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kerajaan, perniagaan dan pelancongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh operasinya, MASwings telah mengendalikan lebih 430,000 penerbangan dan membawa lebih 19 juta penumpang, sambil menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung dalam sektor penerbangan dan sokongan.

Sebagai anak syarikat MAG, MASwings juga membantu memperkukuh rangkaian penerbangan Malaysia melalui hubungan dengan Malaysia Airlines dan Firefly sekaligus memudahkan akses domestik dan antarabangsa bagi penduduk Malaysia Timur.

MAG menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pengukuhan hubungan udara serantau selepas peralihan ini.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd