Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Zahid Mengaku Terima Laporan Risikan ‘Langkah Dubai’

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pihaknya terima laporan perisikan berkaitan ‘Langkah Dubai‘, dan menyifatkan gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu hanya membuang masa.

“Laporan memang ada. Laporan dari segi perisikan memang kami perolehi seawal penerbangan mereka (yang terlibat) ke tempat itu, dan laporan selepas itu kami peroleh, tapi pada hemat kami langkah itu hanya membuang masa,” katanya.

Ahmad Zahid terima laporan Langkah Dubai

Artikel lain: Zahid Hamidi Arah Semua Kementerian Beri Bantuan Banjir Tanpa Kira Politik

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai individu yang terbabit dalam gerakan itu.

Ahmad Zahid berkata tumpuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi serta membantu rakyat, dan beliau menasihatkan individu yang berniat untuk menggulingkan kerajaan agar menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) untuk membentuk kerajaan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keutamaan adalah untuk bangunkan negara kita terutamanya dari segi pembangunan ekonomi, berikan kesejahteraan yang ‘melata’ kepada rakyat dan bukan soal politik. Tunggulah hingga PRU (pilihan raya umum) ke-16 kalau mereka berhajat untuk menukar kerajaan,” tambahnya.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang, dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd