Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Fadhli Luah Kecewa Dakwa Sidang Dewan Rakyat Tangguh Lagi

Ahmad Fadhli luah kecewa

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ahmad Fadhli Shaari tampil bersuara meminta jawapan penundaan sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya diadakan  pada 23 Jun hingga 31 Julai ke tarikh 21 Julai hingga 28 Ogos depan.

Ahmad Fadhli luah kecewa

Ahmad Fadhli luah kecewa

Foto: Astro Awani

Ahli politik itu meluahkan rasa kecewa kerana penangguhan ini menyebabkan tempoh Parlimen tidak bersidang sudah memasuki 137 hari iaitu selepas ditangguhkan pada 6 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau mendakwa penangguhan ini merupakan tempoh ketiga terpanjang Parlimen tidak bersidang selepas penggantungan Parlimen selepas rusuhan 13 Mei 1969 (648 hari) dan semasa Proklamasi Darurat pada tahun 2021 (195 hari).

Ahmad Fadhli luah kecewa

Foto: CodeBlue

“Jika sebelum ini ialah kerana darurat rusuhan kaum dan covid19, apakah sebab utama pada kali ini ditangguhkan begitu lama?
“Sibuk pemilihan partikah? Atau sibuk merancang menyusun kabinet baru kerana dijangka ada yang akan letak jawatan? Atau sibuk ke sana sini sehingga tak sempat menyiapkan draf RMK13? Demikian hikayat kerajaan cacamerba,” kata Ahmad Fadhli di Facebook, hari ini.

Artikel lain: Ahmad Fadhli Cadang DAP Taja Kelas Pendidikan Islam Untuk Pemimpin Parti Itu

Difahamkan, setakat hari ini Speaker Dewan Rakyat masih belum membuat pemakluman rasmi berhubung penangguhan sidang Parlimen seperti yang dikatakan oleh Ahmad Fadhli.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd