Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adik Kepada Zayn Rayyan Dijaga Nenek Saudara Bermula Hari Ini

Adik lelaki kepada Allahyarham Zayn Rayyan Zaim Ikhwan akan diserahkan kepada nenek saudaranya bermula hari ini selepas menerima hak jagaan sementara.

Menerusi satu laporan Kosmo!, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membuat keputusan itu selepas proses perundingan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd. Raya.

Foto: Kosmo!

“Perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak lelaki tersebut adalah selama dua bulan sehingga 4 Oktober ini,” tulis laporan tersebut.

Sementara itu, Nurul Ikrimah memberitahu bahawa terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh jagaan sementara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hak jagaan sementara diberikan kepada ibu saudara Zaim Ikhwan Zahari sepanjang dua bulan. Zaim dan Ismanira Abdul Manaf hanya dibenarkan berjumpa sekali seminggu namun tidak boleh melebihi lapan jam.
“Sepanjang tempoh perjumpaan, perlu dibawa atau ditemani penjaga sementara kanak-kanak itu ( nenek saudara),” katanya.

Foto: Kosmo!

Nurul Ikrimah menjelaskan, mereka boleh membuat panggilan video tanpa had selain perlu membawa kanak-kanak itu bagi mengikuti proses terapi khas autistik sebulan sekali.

Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tersebut mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, JKM memperoleh perintah jagaan sementara terhadap adik kepada Zayn Rayyan selama dua bulan bermula pada 14 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Kosmo! (Mohd Yunus Yakkub)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd