Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adeline Chang Didenda RM7,000, Mengaku Buat Hantaran Jelik

Adeline Chang Didenda

Chang Pey Yi atau dikenali sebagai Adeline Chang dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di Sepang, pada Khamis selepas membuat hantaran jelik di Facebook terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Adeline selaku orang kena saman (OKS) dijatuhkan hukuman atas satu pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Mandarin dan mengaku bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya wanita itu gagal membayar denda tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim berkenaan turut menasihati OKS sebelum menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu supaya menyedari kedudukannya yang merupakan seorang pempengaruh untuk membuat perkongsian yang murni sahaja.

“Kamu menyentuh isu kanak-kanak dengan menggunakan perkataan jelik, telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap pihak yang dituduh.
“Walaupun kamu kata, wujud masalah peribadi berhubung isu hutang, namun jika membuat komen sebegitu, ia menyentuh maruah kanak-kanak dan keluarga terbabit,” katanya.

Foto: Malay Mail

Ahmad Fuad juga berkata kepada Adeline untuk tidak memanjangkan isu peribadi kerana akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada individu yang tidak bersalah terutama kes tersebut melibatkan seorang budak.

Artikel lain: Wanita Mengamuk Di Stesen Minyak Mengaku Bersalah, Sebenarnya Seorang Penganggur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran itu dilihat pada jam 8 pagi 1 Jun lalu di Menara 1 MCMC, Cyberjaya dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, dengan denda tambahan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan selepas sabitan.

Menurut fakta kes, kejadian bermula apabila Adeline memuat naik hantaran menghina di media sosial terhadap seorang kanak-kanak yang menghina dengan mendakwa mangsa adalah anak luar nikah akibat perselisihan dengan ibu mangsa.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd