Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Acu Kayu Hoki Terhadap Pemandu, Lelaki Didenda RM2,000

Seorang kerani operasi pelabuhan dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan provokasi dengan mengacukan kayu hoki terhadap seorang pemandu lelaki, minggu lalu.

Lelaki didenda gara-gara acu kayu hoki

Menurut laporan Sinar Harian, hukuman itu diputuskan Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit terhadap tertuduh, Mohd Zakhri Ahmad, 44, yang turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

kayu hoki

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa dengan sengaja membangkitkan kemarahan seorang lelaki, Muhammad Furqan Mohd  Fuad, 27, dengan mengacukan sebatang kayu hoki sehingga berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

Perbuatan itu dipercayai berlaku di tepi Jalan Sungai Derhaka, kira-kira jam 2.24 petang pada 25 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tular Video Alphard Masuk Longkang, Pemilik Rumah Tampil Jelaskan Punca Pergaduhan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PDRM, Inspektor Percubaan Norfirdaus Azimi Roslan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

kayu hoki

Dalam rayuan, peguam tertuduh memohon agar mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya merupakan ketua keluarga dan menanggung isteri serta enam orang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tertuduh memperoleh pendapatan sekitar RM2,500 sebulan dan telah menyesali perbuatannya selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malah kepada masyarakat umum.

Terdahulu, insiden berkenaan mencuri perhatian selepas satu rakaman video pertengjaran membabitkan dua lelaki tular di mediaa sosoial.

kayu hoki

Susulan penularan video itu, polis membuka dua kertas siasatan dan menerima laporan daripada kedua-dua individu terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada salah faham antara dua pemandu yang kemudiannya membawa kepada pertengkaran mulut sebelum bertukar tegang apabila salah seorang bertindak agresif dengan memegang kayu hoki.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd