Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

6 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Bas Ekspres, Treler Dan Perodua Alza

Enam individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, dua buah treler dan sebuah kereta jenis Perodua Alza di Jalan Jemaluang, berhampiran Risda Sungai Ambat, awal pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsuri Shafai, pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.38 pagi.

Foto: Kosmo!

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing bersama tiga jentera dikerah ke lokasi sejauh 31 kilometer dan tiba pada jam 6.04 pagi,” katanya.

Beliau memaklumkan, kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 46 penumpang, dua treler dengan muatan 52 tan serta sebuah Perodua Alza yang dinaiki empat orang.

“Seorang pemandu Perodua Alza didapati tersepit di dalam kenderaan dan anggota pasukan bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Tambahnya lagi, dua pemandu treler turut mengalami kecederaan, manakala kesemua 46 penumpang bas dilaporkan selamat.

Sumber: Kosmo! (Masturah Suradi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd