Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

500 Srikandi Hadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

Seramai 500 srikandi Tentera Darat Malaysia dari semua Kor dan Rejimen menghadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat (TD) 2024 bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, program itu adalah kerjasama antara Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dan Sel Wanita Tentera Darat yang mengangkat tema “Wanita Tentera Darat, Aspirasi Angkatan Hadapan”.

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

“Sambutan Hari Wanita TD dimulakan dengan forum bertajuk Memperkasa Daya Ketahanan Wanita Tentera Darat Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan yang menampilkan barisan ahli panel dan moderator sangat hebat.
“Ia dikendalikan oleh Leftenan Kolonel Dr. Ts. Maimunah Omar selaku moderator bersama-sama ahli panel iaitu Datuk Dr. Junaidah Kamaruddin, Mejar Jeneral Datuk Suriakala A/P Suriabagavan (B) dan Brigedier Jeneral Fadzilah Abdullah TUDM,” katanya hari ini.

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

TDM berkata, srikandi Tentera Darat Malaysia berkesempatan untuk berbincang dalam sesi dialog bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Artikel lain: Satu-Satunya Bangsa Cina, Lelaki Minat Jadi Tentera Berjaya Tamat Kursus Asas Komando GGK

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

“PTD turut menyatakan peranan wanita pada masa kini di dalam organisasi tidak dapat disangkal lagi dan peluang untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya yang diberikan setara dengan pegawai dan anggota lelaki,” ujarnya.

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat merangkap Penasihat JKHEWTD, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, barisan Pengarah-pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Kor dan Rejimen.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd