Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

19 Ekor Kambing, 4 Buah Kenderaan Rentung Kandang Terbakar

Sebanyak 19 ekor kambing terkorban dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah kandang ternakan di Kampung Jawa, Bayan Lepas, tengah hari Selasa.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kebakaran itu turut mengakibatkan kemusnahan ke atas tiga buah kereta dan sebuah lori yang berada berhampiran lokasi kejadian, dengan tahap kerosakan dianggarkan antara 30 hingga 90 peratus.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 12.58 tengah hari.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran sebuah kilang.
“Sebaik tiba, kami dapati kandang berkenaan hampir musnah dan 19 daripada 20 ekor kambing yang diternak di situ telah mati rentung. Empat buah kenderaan termasuk sebuah lori juga rosak teruk akibat kebakaran itu,” katanya.

Foto: Kosmo!

Api berjaya dikawal kira-kira jam 1.07 petang dan operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 2.21 petang.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd