Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terdapat 11 Kecederaan Akibat Objek Tajam Di Leher, Dada Guru Besar – Polis

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata setakat ini, seramai 21 orang saksi telah dirakamkan keterangan, yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa.

Menurutnya, pakar patolgi telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat kedua-dua mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak, semalam.

11 kecederaan akibat objek tajam

11 kecederaan akibat objek tajam

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki, mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada. Sebab kematian disahkan sebagai “Neck and Chest Injuries Due To Stab Wounds”.
“Manakala hasil bedah siasat ke atas isteri iaitu mangsa perempuan, mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher. Sebab kematian disahkan sebagai “Neck Injury Due To Stab Wounds”,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel lain: Suami Isteri Dibunuh? Mayat Ditemui Anak Dalam Keadaan Tragis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamad Zainal Abdullah

Sementara itu, pihaknya menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan secara profesional, telus dan berasaskan bukti forensik serta keterangan saksi.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa dalam tempoh ini.

Sumber: Facebook @Polis Sarawak

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd