Connect with us

Infozon

Misteri Kota Tertua Di Dunia Kota Purba Tenggelam Di Dasar Laut

Para ahli arkeologi laut kembali membuat prestasi besar dengan kejayaannya mengungkap kewujudan bandar kuno yang tenggelam di bawah dasar laut. Kota bernama Pavlopetri di Greece ini dijangka wujud pada zaman gangsa iaitu pada 5000-6000 tahun lalu atau 12000 tahun lebih awal daripada yang dijangka semula. Yang menarik, jejak kewujudan bandar yang tenggelam 4-5 meter di bawah dasar laut ini masih kelihatan jelas, termasuk runtuhan bangunan serta benda- benda peninggalannya seperti tembikar, ceramik, dll.

Pakar-pakar menganggarkan, inilah bandar bawah laut tertua di dunia yang berjaya dijumpai. ” Dianggarkan bandar yang tenggelam ini adalah bandar pelabuhan. Hal ini ditandai dari bangkai kapal yang berada berhampiran. Penemuan seramik zaman neolitikum, merupakan suatu yang luar biasa. Bandar ini dulunya adalah tempat perdagangan barangan dan perkhidmatan yang maju, ” ujar.Geo-arkeologi laut Dr Nic Flemming dari National Oceanography Centre, Southampton.

2013-10-06_131639

Kotanya masih sangat lengkap. Bangunan rumah, jalan, halaman, bangunan, kuburan, semuanya sudah dipetakan menggunakan peralatan 3-D digital yang paling latest.

Pavlopetri dulunya diperkirakan berasal dari tempoh Mycenaean (sekitar 1680-1180 SM ), dari masa sejarah Yunani Kuno yang kaya akan kesusasteraan dan mitos. Dari benda- benda tembikar Neolitis yang baru saja ditemukan menunjukkan tempat ini mungkin telah diduduki sejak sekurang-kurangnya 2800 SM. Dengan mempelajari tempat penting ini, penyelidik berharap untuk dapat lebih mengerti tentang peninggalan dari masyarakat Yunani Zaman Gangsa.

Pavlopetri terletak di kedalaman 3-4 meter di bawah air tidak jauh dari pantai berpasir selatan Laconia.

Pavlopetri terletak di kedalaman 3-4 meter di bawah air tidak jauh dari pantai berpasir selatan Laconia.

Projek pendedahan bandar ini dilaksanakan oleh pasukan multidisipliner, termasuk Dr Flemming, yang dipimpin oleh Mr Elias Spondylis, Ephorate dari Underwater Antiquities dari Kementerian Kebudayaan Hellenic di Greece dan Dr Jon Henderson, seorang ahli arkeologi bawah air dari Jabatan Arkeologi di Universiti Nottingham.

Bandar kuno bawah dasar laut ini pertama kali ditemui pada tahun 1967 oleh Flemming, kemudian di National Institute of Oceanography. Ia dulu menganggarkan bandar itu berasal pada zaman gangsa 2000 BC. Flemming kemudian bergabung dengan pasukan dari Cambridge University pada1968, untuk melakukan penyelidikan.

2013-10-06_131540

2013-10-06_131713

Hasilnya diterbitkan oleh The British School di Athens pada tahun 1969, namun setelah itu tidak ada tindak lanjutnya. Kajian itu ‘ berhenti ‘ selama 40 tahun, Sejak itu tidak ada lagi penyelidik yang masuk ke sana untuk mengungkap misteri bandar kuno itu. Tahun 70 -an Flemming bergabung dengan arkeologi dari University of Nottingham dan Ephorate dari Underwater Antiquities dari Kementerian Kebudayaan Hellenic, kembali memulakan penyelidikan pada laman kuno itu.

“Apa yang kami dapati di sini adalah sesuatu yang dua atau bahkan tiga ribu tahun lebih tua daripada sebahagian besar bandar tenggelam yang telah dipelajari,” kata Flemming : “Dan uniknya, kami mempunyai pelan bandar yang lengkap, utama jalan-jalan dan semua bangunan domestik. Kita dapat mempelajari bagaimana itu digunakan sebagai pelabuhan, di mana kapal -kapal datang dan bagaimana perdagangan diuruskan. “jelasnya.

2013-10-06_131744

2013-10-06_131835

2013-10-06_131506

2013-10-06_123601

Dr. Jon Henderson, seorang ahli arkeologi dari Universiti Nottingham, bergabung memimpin penelitian dengan Elias Spondylis dari Benda Purbakala Bawah Air Ephorate bahagian Kementrian Kebudayaan Hellenic di Greece. Dr. Henderson adalah arkeolog pertama dalam 40 tahun yang mendapat surat izin resmi dari kerajaan Greek untuk bekerja di sana.

“Hal ini sangat mengghairahkan. Saya pernah membaca tentang laman ini ketika saya masih muda dan sukar dipercayai bahawa saya bukan hanya menyelam di sana tetapi juga berkesempatan untuk mengerjakannya. Kemudian kami mendapati kira-kira 9,000 meter persegi bangunan baru yang baru- baru ini kelihatan kerana pergerakan di pasir, sungguh luar biasa, “kata Dr. Henderson.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending