Connect with us

Infozon

Mesut Ozil Dikecam Pertahan Uyghur, Bekas ‘Manager’ Arsenal Tampil Beri Sokongan

Tindakan pemain Arsenal mengkritik penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Uyghur baru-baru ini di laman Twitter benar-benar memberikan satu impak yang drastik terhadap isu kemanusiaan.

Etnik Uyghur yang ditindas oleh kerajaan China telah menbuatkan umat Islam di dunia ini berang kerana masyarakat itu diperlakukan dengan begitu zalim.

https://www.instagram.com/p/B6AnAdhiWLQ/

Posting Mesut Ozil di Twitter yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana dunia hanya berdiam tanpa melakukan sebarang siasatan telah membuatkan negara China terkesan sehingga dia dikecam negara republik itu.

Dia punyai kebebasan untuk bersuara

Namun, pengendali Arsenal iaitu  Arsene Wenger telah menyuarakan sokongan terhadap Ozil kerana merasakan tindakan anak buahnya itu betul dan wajar ekorang daripada kekejaman yang dizahirkan oleh negara China terhadap Uyghur.

Menerusi Harian Metro, pengendali pasukan Eropah itu telah mengatakan bahawa dia

“Mesut Ozil mempunyai kebebasan bersuara seperti orang lain dan dia menggunakan reputasinya untuk menyatakan pendapat yang tidak selalu dikongsi oleh semua orang…”

“Anda seorang manusia, mempunyai pendapat dan apabila anda bermain bola sepak, anda komited bermain. Anda melakukan tugas terlebih dahulu dan ia perlu dihormati.” 

Dia tidak membawa langsung nama kelab

Tambah Arsene lagi, Ozil telah melakukan kenyataan berdasarkan pendapat peribadinya dan langsung tiada kaitan dengan pasukan kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.

“Apa yang penting adalah Ozil melakukan tanggungjawab secara individu. Dia tidak membawa nama Kelab Bola Sepak Arsenal, jadi apa yang dikatakannya adalah mengenai dirinya sendiri dan bukan Arsenal.”

Sebelum ini, tweet yang dibuat oleh Mesut Ozil telah membuka mata banyak pihak kerana menyuarakan perihal masyarakat Uyghur yang ditindas di Xinjiang. Perkara tersebut sekali gus membuatkan China berasa terkesan sehingga perlawanan antara Arsenal dan Man. City tidak ditayangkan langsung di saluran televisyen di negara tersebut.

https://twitter.com/MesutOzil1088/status/1205439723302469632

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending