Connect with us

WTF

Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif COVID-19

Menteri Kesihatan Nadine Dorries telah menjadi Ahli Parlimen pertama yang didiagnosis dengan COVID-19, mendorong kebimbangan tentang penyebaran penyakit di Westminster dan bahkan di Downing Street, di mana dia menghadiri satu resepsi minggu lepas.

Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial DHSC mengesahkan bahawa Dorries, Ahli Konservatif untuk Mid Bedfordshire sejak tahun 2005 dan pengarang fiksi laris, telah positif mendapat jangkitan virus dari China itu.

Menteri Kesihatan UK positif COVID-19

Identiti individu yang menjangkiti dia tidak diketahui. Namun, ramai dalam kalangan individu terdekat Nadine ketika berada di parlimen dan di jabatan kesihatan berpotensi dijangkiti.

Beliau juga menghadiri majlis Downing Street minggu lepas untuk Hari Wanita Antarabangsa di mana perdana menteri, Boris Johnson, dan tunangnya, Carrie Symonds, adalah antara tetamu yang hadir.

Saya mahu cepat sembuh

Menerusi tweetnya, Nadine mengucapakn terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya, beliau juga berharap segera pulih kerana bimbang akan kesihatan ibunya yang tinggal bersamanya.

Dorries, yang memulakan kerjayanya sebagai seorang jururawat, telah mengasingkan diri di rumah sejak hari Jumaat. Dia difahamkan sedang pulih.

Sumber : The Guardian

Continue Reading
Advertisement

Trending