Connect with us

Infozon

“Meninggal Dunia Semasa Mencari Rezeki Buat Keluarganya…”

Sangat sayu apabila menerima berita-berita kematian ketika sedang melaksanakan tugas. Sesungguhnya, orang-orang sebegini sedang giat mencari rezeki demi sesuap nasi buat anak-anak dan keluarga mereka.

Satu lagi berita menyayat hati, seorang pemandu lori ais dikatakan maut setelah lori yang dipandunya merempuh pondok tol. Kejadian tersebut juga telah dipercayai berlaku sekitar jam 7.20 malam di  Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

Meninggal di tempat kejadian…

Pemandu lori berkenaan yang dikenal pasti sebagai Abdul Rani Abdullah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Arwah juga dikatakan bersama dengan seorang penumpang wanita warga Thailand yang berusia 30-an, yang hanya scedera ringan sahaja.

Mungkin terlelap kerana keletihan!

Menurut saksi yang melihat rempuhan tersebut, pemandu lori berkenaan berkemungkinan terlelap semasa sedang memandu kerana kepenatan.

Jenazah selamat dikeluarkan

Jenazah pemandu lori berkenaan telah selamat dikeluarkan oleh pihak bomba sejurus sahaja tiba di tempat kemalangan. Kedua-dua mangsa  berada didalam lori berkenaan dikatakan tidak tersepit dan terus dibawa ke hospital yang berdekatan.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan kenalan mangsa. Diingatkan agar pengguna jalan raya dapat berhenti seketika apabila berada dalam keadaan letih terutamanya ketika berjalan jauh.

Sumber: Penang Kini.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending