Connect with us

Inspirasi

Mendamaikan! Foto Petugas Di Mekah Beri Makan Burung Merpati Curi Perhatian

Pasti ramai yang amat merindui kemeriahan kota suci Mekah dan Madinah dipenuhi dengan para jemaah haji yang sepatutnya menunaikan kewajiban tersebut tahun ini.

Walau bagaimanapun, kota kesayangan umat Islam di seluruh dunia tidaklah sunyi kerana 1,000 insan terpilih yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah tahun ini pastinya sedang bersia-siap untuk menunaikan haji.

Selain dariapada jemaah haji, masih ada petugas yang berkhidmat di sekitar kota suci itu bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Foto-fot mendamaikan

Menerusi satu perkongsian gambar yang tular daripada laman Facebook Aftar Dogra, foto-foto seorang lelaki yang bekerja di Mekah mengedar makanan buat burung merpati telah mencuri perhatian warganet.

Perkongsian yang sudahpun mencecah lebih daripada 6 ribu tanda suka itu kelihatan sangat mendamaikan. Walaupun tiada kehadiran jemaah haji dari seluruh pelosok dunia, namun Kota Suci Mekah masih lagi menjadi satu tempat yang akan terus dirindui seluruh umat Islam.

Sumber Aftar Dogra

Continue Reading
Advertisement

Trending