Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bongkar Anak Lelaki Jadi Mangsa Liwat Suami Pengasuh

Seorang wanita membongkar kejadian anak lelakinya menjadi mangsa liwat oleh suami pengasuh sejak dua tahun lalu selepas terkejut melihat kanak-kanak itu menonton video lucah menggunakan telefon bimbit.

Menurut satu laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, perbuatan kanak-kanak berusia 11 tahun itu disedari wanita berkenaan ketika berada di rumah mereka di Rumah Awam Paya Datuk, Alor Gajah pada malam Isnin lalu.

Foto: Selangor Kini

“Operator kilang itu kemudian bertanya dari mana anaknya belajar melihat video lucah tersebut sebelum diberitahu diajar oleh suami pengasuhnya berusia 36 tahun yang tidak bekerja.
“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu mendakwa suspek telah beberapa kali meliwatnya sejak 2022 sehingga kini mengajar dia melihat video lucah,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa perbuatan tersebut dilakukan suspek semasa ketiadaan isterinya di rumah, selepas pengadu menghantar anak lelakinya itu ke rumah pengasuh dari pukul 3 petang sehingga 6 petang setiap hari selepas waktu sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati berlaku ‘normal penis and no fissure’ sebelum suspek datang menyerah diri kira-kira 3.30 petang semalam.

Foto: Berita Harian

“Kita telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017),” ujar beliau lagi.

Untuk makluman, wanita tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata dimana kanak-kanak lelaki itu adalah anak sulungnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd