Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

McDonald’s Malaysia Saman Gerakan Galak Boikot, Tuntut Ganti Rugi RM6 Juta

Syarikat makanan segera, McDonald’s Malaysia dilaporkan telah memfailkan saman terhadap gerakan galak boikot iaitu gabungan badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan dan individu dikenali BDS Malaysia.

McDonald’s Malaysia saman gerakan galak boikot BDS

Ia susulan gerakan tersebut didakwa telah membuat hantaran berbaur fitnah mengenai McDonald’s Malaysia yang dikatakan terbabit dengan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Untuk pengetahuan, BDS Malaysia merupakan entiti bebas yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus dan sekat.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by BDS Malaysia (@bds_malaysia)

Gesa permohonan maaf BDS

Selain itu, McDonald;s Malaysia juga menggesa BDS untuk membuat permohonan maaf dan menuntut gerakan itu menyiarkan di laman web, Facebook dan Instagram dalam masa 48 jam daripada tarikh writ, dan tidak boleh dipadam sampai bila-bila.

Antara kenyataan yang dimaksudkan adalah seperti yang terdapat pada halaman Facebook BDS Malaysia bertarikh 23 Oktober, hantaran Instagram bertarikh 27 Oktober, serta hantaran di akaun Facebook peribadi Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail pada 9 November.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak McDonald’s Malaysia juga melakukan beberapa perkara antaranya menghentikan sebarang tindakan yang mencemarkan reputasi syarikat berkenaan dan menurunkan sebarang kenyataan fitnah, dan banyak lagi.

Dalam writ berkenaan, BDS Malaysia didakwa tidak memenuhi tuntutan McDonald’s Malaysia seperti yang tertera di dalam surat notisnya antaranya pada 10 November dan 23 November.

McDonald's Malaysia saman

Bukan itu sahaja, syarikat makanan segera berkenaan juga telah mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya pembayaran ganti rugi khas berjumlah RM6 juta.

Ganti rugi tersebut tidak termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

McDonald’s Malaysia dah saman BDS Malaysia, tak sokong konflik Israel-Palestin

Memetik laporan BuzzKini, pihak syarikat berkenaan mengesahkan mereka telah memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia demi melindungi hak dan kepentingan mereka mengikut undang-undang.

“Kami telus dan konsisten dalam komunikasi kami bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyokong dan tidak membenarkan konflik semasa di Timur Tengah dan seperti semua rakyat Malaysia, simpati setinggi-tingginya kami tujukan kepada mangsa yang tidak bersalah di Gaza.
“Kami telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan oleh kerajaan dan akan terus berdoa agar konflik berakhir dan keamanan berterusan di Gaza.
“Kami seterusnya mengulangi pendirian bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti atau yuran francais daripada operasi restoran untuk menyokong sebarang kumpulan politik atau konflik di mana-mana bahagian dunia.
“Walaupun kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot adalah keputusan individu, kami percaya bahawa ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” kata McDonalds dalam satu kenyataan.

BDS Malaysia ambil tindakan mahkamah

Bagaimanapun, BDS Malaysia dalam satu kenyataan menafikan dakwaan dan mengambil keputusan untuk meneruskan perkara tersebut ke peringkat mahkamah.

BDS Malaysia berkata, ia telah melantik firma guaman, Raja Riza and Associates dan selepas berunding dengan peguamnya gabungan tersebut akan mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci.

Sumber: X @BdsMalaysia, BuzzKini

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd