Connect with us

Cute

Mata Penuh Sayu! Kucing Sindrom Down Akhirnya Dipelihara Keluarga Penyayang

Penggemar kucing biasanya akan memilih kucing yang comel dan gebu untuk dibuat sebagai haiwan peliharaan mereka. Lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang sanggup mengambil kucing unik dan ganjil untuk dibela olehnya.

Nasib Maverick, kucing Down Syndrome terbela

Pada bulan Ogos tahun lalu, terdapat seekor kucing yang comel dan unik bernama Maverick telah dihantar ke pusat jagaan haiwan New York oleh tuannya.

Hal ini kerana tuannya mempunyai alahan terhadap kucing. Justeru itu, Maverick dihantar ke pusat jagaan tersebut ketika hanya berusia enam bulan.

Walau bagaimanapun, pusat jagaan itu telah mencapai jumlah kapasiti untuk menerima sebarang kucing baru dan jika diterima, Maverick berkemungkinan akan berhadapan dengan kematian.

Oleh kerana itu, seorang pekerja yang baik hati telah membuat keputusan untuk mengambil haiwan tersebut dan menyerahkan kepada seorang pengasas The Odd Cat Sanctuary.

Di sinilah kehidupan Maverick mula bersinar apabila pengasas yang dikenali sebagai Tara membuat keputusan untuk mengambilnya tanpa rasa ragu-ragu.

The Odd Cat Sanctuary merupakan sebuah pusat jagaan kucing tidak berbayar yang terkenal dengan sikap dedikasi mereka terhadap kucing-kucing yang memerlukan bantuan khas.

Apabila Maverick tiba di pusat perlindungan tersebut, dia mula menunjukkan gelagatnya yang riang dan kuat bermain.

Setelah pelbagai cabaran yang dihadapi, akhirnya kehidupan Maverick terbela. Meskipun matanya tidak sempurna seperti kucing yang lain, kecomelannya tetap membuat orang terpukau.

Sumber : National Kitty

Continue Reading
Advertisement

Trending