Connect with us

Infozon

Masjidil Haram Sedia Terima Jemaah Umrah Sudah Divaksin Bulan Ramadan Ini

Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi selesai melakukan semua persiapan untuk menerima jemaah Umrah yang sudah divaksin pada Ramadan nanti, dengan protokol kesihatan dan langkah pencegahan yang ketat.

Jemaah umrah & pekerja wajib divaksin

Agensi Berita Arab Saudi melaporkan perkara itu selaras dengan aplikasi Tawakkalna untuk kategori imunisasi individu yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 atau individu yang telah 14 hari divaksin dos pertama COVID-19 atau individu yang telah sembuh dari jangkitan.

Menurut jurucakapnya Hani Hosni Haider, pihak pengurusan mewajibkan semua pekerja yang terlibat turut disuntik vaksin bagi memastikan keselamatan mereka dan semua pengunjung Masjidil haram.

Pensterilan & pembasmian kuman dilakukan 10 kali sehari

Beliau berkata kerja-kerja pensterilan akan dilakukan secara kerap di Dua Masjid Suci itu dan dipergiat sempena kehadiran Ramadan.

Seramai 5,000 pekerja terbabit dalam operasi pensterilan dan pembasmian kuman. Pembersihan dan pensterilan di seluruh Masjidil Haram dilakukan sehingga 10 kali sehari.

Berkenaan umrah, jurucakap itu berkata pihak pengurusan memperuntukkan halaman Mataf untuk jemaah Umrah sahaja, membuat 14 laluan maya untuk tawaf.

Selain itu, mereka turut mempertimbangkan jarak fizikal dan 3 laluan paling hampir dengan Kaabah ditetapkan unruk warga emas dan orang kurang upaya.

Beliau meminta semua jemaah bekerjasama dan mematuhi langkah-langkah pencegahan serta jarak fizikal demi kesihatan dan keselamatan mereka.

Sumber: Bernama, Arab News (Rawan Radwan)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending