Connect with us

Inspirasi

“Manusia Buang, Haiwan bersihkan…” – Angsa Ini Asingkan Plastik Guna Paruh, Keluar Dari Tasik

Sedang kita leka dan seronok hidup di muka bumi ini, tapi satu perkara yang kadang-kadang kita lupa, bahawa bumi kini semakin tenat dan tercemar.

Jangan tidak percaya, sebenarnya kita, manusia yang menyebabkan alam sekitar teruk tercemar. Tidak perlu pergi jauh, tengok sahaja di sekeliling, pasti ada sampah dibuang merata-rata.

Ketika manusia mula alpa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah, kerana itulah Tuhan menciptakan haiwan dengan naluri.

Angsa asingkan sampah dari tasik

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seekor angsa sedang mengasingkan sampah yang berada di pesisiran tasik, membuatkan ramai yang kagum kerana kejadian seperti itu jarang kita lihat.

Sudah pasti tasik itu tempat dimana Angsa tersebut tinggal, walaupun tidak dikurniakan akal fikiran namun angsa itu dikurniakan naluri untuk membersihkan kawasannya daripada sampah yang dibuang oleh manusia.

https://twitter.com/_SJPeace_/status/1174397810457882625?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1174397810457882625&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2019%2F09%2Fvideo-seekor-swan-mengutip-sampah-guna-paruhnya-keluar-dari-tasik-bukti-bumi-makin-tenat.html

Bayangkanlah, haiwan yang tidak berakal pun masih punya naluri tidak sanggup melihat bumi yang didiami mereka kotor dengan sampah manusia. Tetapi manusia yang dikurniakan akal fikiran masih berterusan melakukan pencemaran.

Angsa lebih tahu menjaga bumi dari manusia

Justeru, video tersebut nyata membuka mata ramai pihak. Malah, tweet tersebut kini mendapat 81 ribu retweet dan 157 ribu tanda suka.

Haiwan membersihkan sampah yang manusia buat

Sangat menyedihkan…

Lihatlah sendiri rakama tersebut dan nila semula diri kita sebagai seorang manusia, yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga bumi ini.

SumberĀ  : Stance Grounded

Continue Reading
Advertisement

Trending