Connect with us

Infozon

Mandi ketika peluh punca badan kau berpanau? Kita kena kencing lagi

Sebenarnya kulit berpanau ataupun tinea versicolor antara puncanya disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat ataupun yis yang dikenali oleh Malassezia. Kehadiran kulat ataupun yis pada kulit sebenarnya tidak berbahaya. Ia boleh hidup pada permukaan kulit yang lembap-lembap, berminyak ataupun pada sel-sel yang mati.

Antara punca kulit berpanau adalah:

1. Sistem imun badan rendah menyebabkan jangkitan kulat ataupun yis pada kulit.

2. Selalu pakai pakaian di dalam keadaan lembap-lembap ataupun basah. Contoh baju baru dijemur di ampaian terus angkat dan pakai. Ataupun memakai pakaian yang baru dijemur dan masih dalam keadaan panas.

3. Keadaan badan ‘panas’ yang baru lepas melakukan aktiviti terus membasuh muka ataupun mandi. Berlawanan suhu panas dan sejuk menyebabkan terjadinya bakteria.

4. Mempunyai jenis kulit berminyak

5. Kurang menjaga kebersihan diri

6. Membuang kalenjar adrenal

7. Perubahan hormon dalam badan semasa mengandung

8. Pengambilan pil perancang untuk wanita yang berkeluarga kerana ia boleh menganggu sistem dalam badan kita.

Namun, selain daripada punca-punca yang tersenarai di atas, kami pasti ramai yang pernah mendengar tentang mandi ketika badan berpeluh antara punca kena panau muncul di tubuh kita.

Namun, betulkah panau berlaku apabila kita basuh muka dalam keadaan berpeluh ataupun panas?

Orang dulu-dulu pernah cakap, jangan mandi ketika tengah berpeluh, takut nanti kena panau.

Seperti yang kita tahu, kulat sangat suka tempat yg lembab dan juga sedikit panas agar dia boleh bercambah dengan cepat. Sebab itu orang yang selalu dan kerap berpeluh, memang akan kena jangkitan tersebut. Sebab ianya sesuai dengan keadaan pembiakan kulat itu.

Ada pun mandi sewaktu panas atau ketika berpeluh tiada kaitan malah jika kita mandi pada waktu tersebut, sental kulit kita dgn sabun, insyallah kulat-kulat tersebut akan tertanggal sebelum sempat membiak di atas kulit badan kita.

Jadi mandilah jika kita berpeluh ataupun panas. Ianya dapat menyejukkan badan, mengurangkan peluh dan menyingkirkan kulat tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending