Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Malaysia Perlu Anjakan Paradigma Dalam Produktiviti Dan Kadar Upah Tinggi

Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau mencadangkan pemilik perniagaan Malaysia bekerjasama ke arah matlamat bersama iaitu membayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja kerana ia akan memberi manfaat kepada negara.

Anjakan paradigma

Artikel lain: Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024

Liew berkata Malaysia mempunyai tenaga kerja yang sesuai dan keupayaan untuk mencapai tahap produktiviti yang sama seperti Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian utama  kepada pelaburan. Langkah seterusnya ialah menyusun semula syarikat untuk membolehkan gaji yang lebih tinggi dan peningkatan automasi yang memerlukan lebih ramai pekerja mahir.

“Selepas melabur dalam sistem itu, kami menjangkakan kilang akhirnya terpaksa menaikkan gaji mereka. Ini akan mewujudkan kesaksamaan yang lebih besar, menjadikannya lebih menarik bagi rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura untuk kembali ke Malaysia untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di  Siri CEO 2023: Forum Ekonomi dan Perniagaan anjuran Institut  Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)  bertajuk  ‘National Industrial Master Plan (NIMP) 2030: Malaysia New Economic Take Off.’

Liew dalam ucapannya berkata  Malaysia perlu mengubah cara ia melihat produktiviti dan perlu meningkatkan produktiviti melalui pelaburan dalam teknologi, ‘total factor productivity’ (TFP), mesin, automasi dan pendigitalan.

“Ini akan membantu kami memaksimumkan kedudukan kami sebagai perantara yang sangat diperlukan dalam penyepaduan rantaian bekalan,” katanya.

Di Malaysia, beliau berkata median gaji dan upah bulanan pada 2022 berjumlah RM2,424, kadar berkenaan adalah rendah berbanding negara serantau termasuk Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata 50 peratus rakyat Malaysia yang bekerja kini mendapat gaji pada kadar berkenaan. Sehubungan itu, Liew berkata kerajaan menerusi  Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk meningkatkan gaji secara beransur-ansur, ia akan mencecah RM4,510 pada tahun 2030 untuk sektor pembuatan dan pada masa yang sama, mampu mengurangkan pergantungan kepada buruh asing bukan mahir.

Selain itu, Malaysia juga harus beralih daripada ekonomi berasaskan sumber tanah kepada ekonomi berasaskan teknologi untuk menjadi lebih aktif  dan berdaya tahan pada depan, katanya.

Beliau berkata sebagai contoh, wujud peluang untuk pemaju mengubah pembangunan taman perindustrian dengan melabur dalam syarikat yang sedang menubuhkan taman perindustrian mereka dan bukan hanya bergantung kepada pelaburan tanah sahaja.

“Pemaju kini harus menumpukan kepada  membangunkan rantaian bekalan perindustrian bukan hanya tanah. Perbincangan dengan pengeluar harus berkisar pada rantaian bekalan dan ekosistem.
“Mereka digalakkan untuk beralih daripada ekonomi berasaskan tanah kepada melabur dalam teknologi, yang boleh memberi manfaat kepada ekosistem dan membantu mengembangkan industri,” kata Liew.

Dalam pada itu, beliau menasihati perniagaan untuk meletakkan iklim sebagai pertimbangan ekonomi terutamanya apabila membina semula bandar sambil menjadikan mobiliti lebih mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Nasional

Mulai esok, seramai 4.37 juta pekerja di negara ini akan menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, berbanding RM1,500 sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd