Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Abang Aji Nafi Anak Makan Berlebihan, Jelaskan Hanya Konten & Hiburkan Orang

Bapa Abang Aji Nafi Anak Makan Berlebihan

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak itu.

Mohd Redzuan Zainol menjelaskan bahawa video yang dimuat naik hanyalah kandungan suntingan semata-mata dan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Katanya, anaknya hanya berlakon dan segala aksi makan dalam video adalah hasil suntingan yang dibuat untuk mencipta ilusi tertentu bagi tujuan hiburan.

Beliau turut menegaskan bahawa Abang Aji bukan makan seperti yang digambarkan, malah hanya makan dua kali sehari, dengan pengambilan susu menjadi sumber utama yang menyebabkan badannya kelihatan besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Redzuan juga menyatakan bahawa makanan proses, jajan, gula-gula dan ais krim tidak dibenarkan dalam rumah mereka, dan anaknya hanya mengambilnya sekali-sekala.

“Badannya begitu adalah kerana susu. Kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus,” katanya.

Bapa Abang Aji Nafi Anak Makan Berlebihan

Beliau juga memberi teguran kepada pihak tertentu yang mengambil video anaknya untuk dijadikan bahan kandungan lain dan menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

Dalam masa sama, Redzuan berkata, sebagai bapa, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan anaknya termasuk aspek pemakanan harian.

“Orang yang paling dekat dengan Abang Aji adalah ayah dia, jadi ayahnya pantau semua pemakanan dia,” jelasnya.

Beliau turut menepis dakwaan bahawa anaknya makan seperti orang dewasa memandangkan usia anaknya baru empat tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia baru berusia empat tahun, takkanlah dia nak makan macam orang dewasa,” ujarnya.

Artikel lain: Obesiti Pada Usia Kanak-Kanak, Bapa Kepada Abang Aji Ditegur Agar Kawal Pemakanan Anak

Terdahulu, Tareq Fit dalam sebuah video menyuarakan kebimbangan terhadap fizikal Abang Aji dan menyeru agar ibu bapa lebih peka dengan kesihatan anak-anak pada usia awal.

Sumber: TikTok wan.belida.1

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd