Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Eksport Cip AI Dari AS Kini Wajib Miliki Permit – MITI

Semua aktiviti eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) kini diwajibkan mendapatkan Permit Perdagangan Strategik, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa langkah itu diambil selaras dengan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010), melalui peruntukan yang dikenali sebagai “Catch-All Control”.

MITI

Foto: Harian Metro

Menurut MITI, peruntukan tersebut menetapkan bahawa mana-mana individu atau syarikat perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal jika berhasrat mengeksport, memindahkan atau melakukan transit barangan yang tidak disenaraikan dalam Senarai Barangan Strategik (SIL), sekiranya terdapat pengetahuan atau syak munasabah bahawa barangan itu berpotensi disalah guna atau digunakan dalam aktiviti yang disekat.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi merapatkan jurang kawal selia sementara proses semakan terhadap kemungkinan penyenaraian cip AI berprestasi tinggi dari AS ke dalam SIL sedang dijalankan,” kata MITI.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Petronas Gas Dijangka Berdepan Impak Kewangan RM60 Juta

MITI turut menegaskan bahawa Malaysia memandang serius sebarang cubaan untuk memintas kawalan eksport atau terlibat dalam perdagangan yang menyalahi undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu atau syarikat yang melanggar STA 2010 atau mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan akan berdepan tindakan undang-undang yang tegas.

“Malaysia menyokong pelaburan dan perdagangan yang selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan komitmen multilateral.
“Namun, semua entiti yang beroperasi dalam negara ini wajib mematuhi kewajipan antarabangsa yang berkaitan bagi mengelakkan risiko sekatan sekunder terhadap operasi perniagaan mereka,” ujarnya.
MITI

Foto: Carian Google

MITI turut mengulangi komitmen kerajaan untuk mengekalkan ekosistem perdagangan yang selamat, terjamin, telus dan berpandukan peraturan.

Pada masa sama, kementerian itu menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan bidang kuasa Malaysia bagi tujuan perdagangan haram.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd