Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Bas Terpaksa Hentikan Kenderaan, Ada Pengayuh Halang Laluan – Rapid Bus

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media sosial sejak Ahad.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian berlaku apabila pemandu bas terpaksa menghentikan kenderaan selepas haluan didakwa dihalang oleh sekumpulan penunggang basikal yang bergerak secara berkumpulan di hadapan bas.

RAPID BUS

Foto: TT @spaceramenn

“Beberapa penunggang turut memasuki lorong kiri lalu menghalang laluan bas. Akibat itu, pemandu terpaksa berhenti dan menegur kumpulan terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut membawa kepada perselisihan faham antara kedua-dua pihak sebelum seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan berada di lokasi membantu meleraikan ketegangan.

Artikel lain: Lelaki Dakwa Pemandu Bas Cuba Himpit, Tendang Rakan Ketika Aktiviti Berbasikal

Susulan insiden itu, Rapid Bus memaklumkan pemandu terlibat telah diberikan sesi kaunseling sebagai langkah sokongan untuk membantunya mengurus situasi serupa dengan lebih tenang pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua pemandu atau kapten bas turut diingatkan untuk terus mematuhi garis panduan keselamatan serta mengamalkan pemanduan berhemah,” ujarnya.
RAPID BUS

Foto: TT @spaceramenn

Rapid Bus turut menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.

Sebelum ini, media melaporkan insiden tegang yang berlaku di Jalan Bestari Jaya, Kuala Selangor, melibatkan pergelutan mulut antara pemandu bas dan sekumpulan penunggang basikal.

Kejadian didakwa berpunca daripada tindakan penunggang yang mengayuh melebihi garisan jalan, sekali gus mencetuskan kekecohan seperti yang tular menerusi satu video di aplikasi TikTok milik @Slmanfrish.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd