Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

UMNO Tunda PAU 2025, Beri Laluan Persiapan PRN Sabah

UMNO tunda PAU 2025

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 ditunda ke hujung bulan November bagi memberi laluan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan akan dibuat dalam masa terdekat.

UMNO tunda PAU 2025

UMNO tunda PAU 2025

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu, tarikh baru bagi PAU 2025 telah ditetapkan iaitu pada 26 hingga 29 November semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung malam tadi.

“Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 telah dipersetujui untuk ditunda kepada 26hb hingga 29hb November 2025, mengambil kira persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
“UMNO akan melaksanakan kajian separuh penggal keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan Malaysia termasuklah pencapaian kepimpinan UMNO dalam anggota pentadbiran, agensi-agensi milik dan berkaitan kerajaan,” kata Asyraf di Facebook pada Isnin.

Asyraf turut menegaskan kepentingan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga keharmonian setiap ahli parti dan menggesa MKT mempertimbangkan semula rayuan ahli-ahli parti yang dikenakan tindakan disiplin.

UMNO tunda PAU 2025

“UMNO merasakan tiada kewajaran untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia mengambil mana-mana ahli di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidak-harmonian dalam Kerajaan. 
“Majlis Kerja Tertinggi boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin parti selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 20.12,” jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, UMNO juga merakamkan ucapanpenghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Perak kerana membantu segala pengurusan dan mengendalikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik yang turut meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atikel lain: UMNO Simpati Sokongan MCA Merosot, Tapi Tak Boleh Salahkan BN – Puad Zarkashi

Untuk rekod, PAU 2025 asalnya dijadualkan bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos. Penangguhan PAU 2025 sekali gus memberi bayangan PRN Sabah semakin hampir, memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan tamat pada 11 Nov.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dasuki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd