Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hari Penduduk Sedunia 2025: Malaysia Perlu Ekosistem Sokong Anak Muda

Dasar berkaitan keluarga perlu berteraskan ekosistem yang menyokong keperluan generasi muda dan bukan sekadar seruan untuk mereka segera berkeluarga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, suara anak muda perlu diangkat kerana ramai dalam kalangan mereka masih berhasrat untuk berkahwin dan membina keluarga, namun berdepan pelbagai kekangan seperti kos sara hidup, pekerjaan tidak stabil, kekurangan akses penjagaan anak dan kebimbangan terhadap masa depan.

anak muda

Katanya, ramai anak muda masih memasang impian untuk berkahwin dan berkeluarga, namun seringkali dihalang oleh pelbagai faktor luaran yang semakin mendesak.

“Anak muda bukan tidak mahu membina keluarga, tetapi mereka berdepan dengan realiti hidup yang menekan dengan kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan yang tidak menentu, serta kekurangan akses kepada penjagaan anak,” katanya.

Malaysia kini berdepan cabaran demografi yang serius apabila kadar kesuburan jumlah (TFR) berada pada paras 1.7 anak iaitu jauh di bawah kadar penggantian 2.1 anak dan lebih membimbangkan, statistik kelahiran mencatatkan penurunan lebih 11 peratus dalam suku pertama 2025 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Artike lain: Naik Had Persaraan Jejas Peluang Anak Muda – AMANAH

Perubahan ini menandakan perlunya langkah dasar yang lebih inklusif dan berpandangan jauh untuk memastikan keseimbangan struktur penduduk negara pada masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai reaksi kepada perkembangan ini, KPWKM dan LPPKN kini memfokus kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif yang lebih mesra anak muda.

anak muda

Foto: Astro Awani

Usaha ini termasuk pemberian subsidi melalui Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) kepada pasangan yang layak, memperluas kemudahan penjagaan anak, serta menyediakan pilihan cuti ibu bapa yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan masa kini.

Acara kemuncak sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 bakal berlangsung pada 21 Julai ini bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Universiti Malaya dan United Nations Population Fund (UNFPA).

Menariknya, sambutan tahun ini juga tidak hanya tertumpu di ibu negara, tetapi turut diperluaskan ke peringkat negeri sepanjang Julai dan Ogos.

Seminar dan program advokasi bertemakan kependudukan serta pembangunan keluarga akan dilaksanakan oleh pejabat negeri LPPKN bersama rakan strategik, menjadikan sambutan ini benar-benar inklusif dan menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd