Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Pengangkutan Dedah Tiada Cadangan ETS Diperluas Ke Pantai Timur

Tiada cadangan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) diperluas ke pantai timur buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai landasan tunggal serta belum ada kemudahan landasan untuk operasi tren elektrik.

Tiada cadangan ETS diperluas ke Pantai Timur

Tiada cadangan ETS diperluas ke Pantai Timur

“Pantai timur hanya untuk penggunaan Diesel Multiple Unit (DU) sebab landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pantai timur ini single track dan tidak electrified … tetapi pantai timur akan ada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat Datuk Azlan Shah Al Bakri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah serta Pengerusi Rapid Bus Datuk Seri Mustafar Ali.

Loke berkata ketika ini perkhidmatan ETS akan kekal tertumpu di pantai barat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Johor Bahru, Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Perjelas Komitmen Tangani Isu Jururawat, Penempatan Doktor Dan Kebajikan Petugas

Operasi KTMB perlu ditambah baik

Sementara itu, mengenai KTMB Loke berkata operasi pengangkutan itu perlu ditambah baik terutamanya dalam perkhidmatan komuter, ETS dan kargo yang menurut beliau belum mencapai tahap keuntungan penuh.

Namun, beliau berkata ia bukan fokus utama KTMB yang juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd