Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PKR Dijangka Lantik Naib Presiden Baru, Pertimbang Wakil Dari Timur – Sumber

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual bermesyuarat buat kali pertama esok, dengan pelantikan tiga naib presiden lantikan menjadi antara agenda utama mesyuarat.

Ketua PKR Sabah turut disebut sebagai calon berpotensi

Menurut laporan FMT, difahamkan, pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan beberapa nama termasuk dari Malaysia Timur bagi memperkukuh representasi wilayah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

pkr

Foro: FMT

Menurut sumber dalaman parti, seorang tokoh dari Sarawak, Senator Abun Sui Anyit, merupakan antara nama yang disebut-sebut.

Namun begitu, kekalahan beliau dalam pemilihan jawatan naib presiden baru-baru ini mungkin menjejaskan peluangnya untuk dilantik.

“Terdapat pandangan dalam kalangan ahli yang merasakan pelantikan beliau kurang wajar memandangkan beliau gagal dalam pemilihan MPP,” katanya.

Selain itu, Ketua PKR Sabah merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, turut disebut sebagai calon berpotensi untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pkr

Foto: FMT

PKR secara tradisinya mengamalkan keseimbangan wilayah dalam kepimpinan tertinggi parti, dan pelantikan kali ini dilihat sebagai satu langkah strategik bagi mengukuhkan sokongan di Sabah dan Sarawak menjelang PRN yang semakin hampir.

PRN Sabah perlu diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini, manakala Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya negeri selewat-lewatnya April 2027.

Artikel lain: Abdullah Sani Ditawar Jutaan Ringgit, Minta Tinggalkan PKR

Dalam pemilihan parti yang berlangsung bulan lalu, empat tokoh telah dipilih sebagai naib presiden bagi penggal 2025–2028.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Ramanan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, dan Menteri Persekutuan, Chang Lih Kang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pkr

Foto: Malaymail

Amirudin dan Ramanan yang dilihat sehaluan dengan Timbalan Presiden baharu, Nurul Izzah Anwar meraih undi tertinggi dalam pemilihan tersebut, manakala Aminuddin dan Chang pula mewakili kumpulan yang menyokong Rafizi Ramli.

Untuk rekod, tiga naib presiden lantikan yang berkhidmat dalam penggal 2022–2025 ialah Nurul Izzah Anwar, Senator K. Saraswathy, dan bekas Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Sumber:FMT (Elill Easwaran)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd