Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Berjaya Atasi Selangor! Sarawak Kekal Negeri Berpendapatan Tinggi 3 Tahun Berturut

Sarawak berjaya mengekalkan status sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut mengikut data terkini Pendapatan Negara Kasar (PNK) 2024 per kapita yang dikeluarkan Bank Dunia.

Menurut laporan TVS, Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi memaklumkan negeri tersebut mencatatkan PNK per kapita sebanyak RM73,100 setahun, mengatasi ambang pendapatan tinggi yang ditetapkan iaitu RM63,800 setahun berdasarkan kaedah Atlas yang diguna pakai oleh Bank Dunia.

Berdasarkan data yang dimuat naik Dr Apurva di laman X, Sarawak berada di kedudukan keempat dalam kalangan negeri berpendapatan tinggi selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM135,800), Wilayah Persekutuan Labuan (RM86,700) dan Pulau Pinang (RM75,700).

Malah, Sarawak mengatasi Selangor (RM65,600) yang berada di kedudukan kelima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berpendapatan tinggi

Berpendapatan tinggi

“PNK per kapita Malaysia sebanyak RM53,400 masih berada di bawah ambang pendapatan tinggi RM63,800 tetapi negara berada di landasan tepat untuk mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2030,” Kata Dr Apurva.

Untuk makluman, PNK per kapita menggunakan kaedah Atlas merupakan indikator yang digunakan oleh Bank Dunia bagi menentukan status sesebuah negara atau negeri sebagai berpendapatan tinggi, dengan ambang semasa dianggarkan sekitar USD14,000 setahun.

Artikel lain: Politik Stabil, Dasar Yang Jelas Jadi Faktor Utama Tarik Minat Pelabur Asing

Tahun 2022 Sarawak catat sejarah

Pada 2023, Sarawak merekodkan PNK per kapita sebanyak RM70,536 (USD16,560), menjadikannya antara lima negeri tertinggi di Malaysia yang telah berjaya mencapai status berpendapatan tinggi, dengan kedudukan keempat secara keseluruhan.

Sebelum itu, pada 2022, Sarawak mencatat pencapaian bersejarah apabila buat pertama kalinya diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Data pada tahun tersebut menunjukkan Sarawak telah melepasi ambang pendapatan tinggi 2022 dengan PNK per kapita melebihi RM56,213 (USD13,205).

Sumber: TVS (Muqri Aziz)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd