Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekalan Telur Ayam Kekal Stabil, Penuhi Keperluan Rakyat Walau Subsidi Dikurangkan

Bekalan telur ayam di pasaran kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, walaupun kadar subsidi telah dikurangkan sebanyak lima sen sejak 1 Mei.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata situasi itu, membuktikan langkah pengurangan subsidi tersebut tidak menjejaskan bekalan telur ayam.

Bekalan telur ayam

Bekalan telur ayam

Malah menunjukkan keupayaan sistem pengeluaran tempatan yang semakin mampan dan berdaya tahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kawalan harga telur ayam akan ditamatkan, manakala kadar subsidi dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen sebiji berkuat kuasa 1 Mei 2025, sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kartel Susu Tepung: SPRM Ambil Keterangan 10 Individu

Kawalan harga telur ditamatkan

Keputusan itu turut mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan dan kewangan negara.

Langkah penyasaran semula subsidi telur itu, sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan penggunaan dana subsidi yang lebih berkesan serta menggalakkan pengeluaran makanan tempatan yang mampan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd