Connect with us

Infozon

Maksud Jenis-Jenis Nombor Pendaftaran Kenderaan yang Pelik di Malaysia

Di Malaysia, selain berfungsi sebagai nombor pengenalan untuk sesebuah kenderaan, nombor pendaftaran turut berfungsi sebagai tanda kenangan dan juga tanda kemewahan pemilk sesuatu nombor itu.

Sekiranya anda perhatikan, sekarang ini semakin banyak pula munculnya nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut susun atur mengikut negeri seperti yang selalunya digunakan sebelum ini.  Daripada PROTON sehinggalah kepada PERFECT, nombor-nombor pendaftaran jenis ini ada kalanya boleh mendatangkan keraguan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.

Namun, tahukah anda di manakah nombor plat kenderaan tersebut didaftarkan berdasarkan huruf permulaan nombor plat tersebut?

Nombor yang disusun mengikut negeri pendaftaran dibuat

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : No plat D hanya diperuntukkan setelah Kelantan & Terengganu berpisah dari berkongsi plat T – Timur).
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
G = Gagasan 1Malaysia
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HJ : Johor
HK : Kedah
HL : Labuan
HM : Melaka
HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang
HQ : Sarawak
HS : Sabah
HT : Terengganu
HW : Kuala Lumpur
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA, SAB & SAC: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor plat edisi khas

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Jaguh
BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ yang direka oleh kerajaan negeri Terengganu
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kereta-kereta rasmi Grand Pix di Litar Antarabangsa Sepang
SAS : Hanya dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah yang Ke-40
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Pong Tenis Malaysia
RIMAU : Hanya dikeluarkan khas bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean (KL2017)

Sumber : Wikipedia

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending