Infozon
Makan Durian ketika Hamil & Berpantang Dibolehkan. – Ini Penjelasan Doktor Perubatan

Simpton mengidam merupakan perkara normal yang dialami oleh ramai wanita yang mengandung. Antara makanan yang sering diidamkan oleh mereka adalah buah-buahan yang kononnya dapat memudaratkan kandungan seperti durian.
Menurut kepercayaan ramai, pengambilan durian ketika hamil dapat menghentikan pergerakan bayi dalam kandungan mereka selain daripada dapat meningkatkan risiko penyakit kencing manis.
Memandangan mitos telah menyelubungi masyarakat Melayu bertahun-tahun lamanya, seorang Pegawai Perubatan, Dr. Khairul Hafidz telah terpanggil untuk memperjelaskan perkara sebenar.
Menerusi Twitternya, Dr. Khairul telah memberitahu durian sebenarnya selamat untuk dimakan ketika mengandung malah beliau turut menyenaraikan kebaikan makan durian ketika hamil.
Bantu perkembangan janin…
Antara kebaikkan pengambilan durian ketika mengandung adalah meningkatkan peredaran sel darah merah dan bantu perkembangan janin di dalam kandungan. Namun dalam pada itu, pengambilan durian harus dihadkan. Cukup sekadar 60 kalori bersamaan dengan 2 ulas biji durian.
Walau bagaimanapun, ibu mengandung yang sedang mengalami bacaan kencing manis yang tidak terkawal dalam badan, harus elakkan kerana gula dan glycermic index akan menyebabkan peningkatan tahap gula yang mendadak.
Makan Durian masa pantang pun boleh…
Jangan mudah membuat andaian…
Ada juga di antara netizen mengemukakan persoalan yang pernah menjadi bualan ramai tentang pengambilan durian dapat menghentikan pergerakkan bayi dalam kandungan namun Dr. Khairul tampil menjelaskan dengan mengatakan tiada bukti kukuh durian memberi respon sehingga begitu sekali.
Sumber: Khairul Hafidz

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit