Connect with us

WOW

Luluhkan Hati Perusuh, Polis Miami Melutut Berlinang Air Mata Terhadap George Floyd

Kematian seorangĀ  lelaki kulit hitam, George Floyd, berusia 46 tahun, di Minnesota, ketika dia ditahan oleh sekumpulan polis di Amerika Syarikat, ternyata telah mencetuskan kemarahan rata-rata rakyat di sana.

George Floyd dikatakan telah ditahan oleh pihak polis kerana merupakan salah seorang suspek bagi pemalsuan kematian. Kemarahan orang awam meletus setelah tersebarnya video yang memaparkan George Floyd merayu-rayu dan tidak dapat bernafas sewaktu dikasari pegawai polis terbabit .

Selepas lima minit insident berkenaan, jasadnya dilihat tidak lagi bernyawa apabila polis mengarahkannya menaiki kenderaan peronda.

Semalam, beberapa video rakaman tersebar di media sosial yang memaparkan, sekumpulan pihak polis Miami dilihat berjaya mencairkan hati penunjuk perasaan yang berhasrat menyerang mereka apabila mengambil tindakan segera berlutut memohon maaf atas insiden kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Lebih mengharukan apabila dalam masa yang sama penunjuk perasaan turut melutut dan disusuli dengan tangisan daripada semua anggota polis.

Kejadian ini lagi sekali disifatkan sebagai satu lagi kes kekejaman dan penindasan polis terhadap warga AS berketurunan Afrika. Malah, ahli keluarga George Floyd menuntut ketiga-tiga pegawai polis yang berada di tempat kejadian dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber: Berita Harian.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending