Connect with us

Infozon

Lepas Sebulan Peluk Islam, Petinju Austria Pilih Mualaf Sebagai Isteri

Hikmah perlu berehat di rumah akibat wabak Covid-19, petinju profesional seni bela diri campuran (MMA) iaitu Wilhelm Ott mengumumkan telah memeluk Islam pada April lalu sebelum tular di media sosial.

Terbaru, petarung berusia 38 tahun itu memilih seorang wanita Michele Birringer yang juga bergelar saudara baru untuk menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri pada Ramadan lalu.

Menerusi laman Instagram, Ott atau nama Islamnya Khalid memuat naik dua posting berkongsi gambar majlis resepsi pernikahan yang berlangsung di sebuah organisasi Persekutuan Islam di Traiskirchen, Austria semalam.

Terima kasih semua!

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut juga meluahkan rasa syukur setelah menerima pakej menunaikan ibadah umrah daripada organisasi itu sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Hari yang indah!

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah warganet dari serata negara dan mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga selain kekal istiqamah di jalanNya.

Sumber : Khalid (Wilhelm) Ott

Continue Reading
Advertisement

Trending