Connect with us

Inspirasi

Leonardo DiCaprio Derma 21 Juta Demi Pulihara Kembali Hutan Amazon

Kebakaran hutan yang melanda Amazon sejak beberapa minggu lepas amat merisaukan dunia. Hal ini kerana, hutan tersebut merupakan penyumbang kepada oksigen bumi sebanyak 20%.

Oleh hal yang demikian, beberapa pihak telah tampil memberi bantuan bagi memulihara dan memelihara kembali hutan yang telah musnah akibat kebakaran besar-besaran itu.

Pelakon Hollywood sumbang jutaan ringgit

Antara yang telah menyatakan hasrat menberikan sumbangan adalah hero filem Titanic iaitu Lenardo DiCaprio. Hal ini telah dinyatakan menerusi Instagramnya dimana sumbangan itu akan dibuat melalui badan kebajikannya, Earth Alliance.

DiCaprio dinyatakan menyalurkan sumbangan sebanyak 21 juta sebagai bantuan untuk mengembalikan Hutan Amazon kepada sedia kala.

https://www.instagram.com/p/B1eBsWDlfF1/

‚ÄúPada dasarnya inilah paru-paru dunia, telah terbakar dan masih terbakar dalam masa 16 hari tanpa ada sebarang liputan media. Kenapa?” ujarnya.

Utara Brazil terjejas teruk

Pelakon Hollywood itu sememangnya merupakan aktivis alam sekitar dan amat aktif dalam kegiatan persekitaran.

Kebakaran yang berlaku sekitar 16 Ogos yang lepas telah menyebabkan beberapa kawasan meliputi hutan Amazon seperti Roraima, Amazonas, Rondonia dan Mato Grosso do Sol iaitu utara Brazil terjejas teruk.

Sumber : Lenardo DiCaprio

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending