WTF
Lelaki Tuduh Tiada Azan Di Pulau Pinang, Rupanya Tak Pernah Solat Jemaah

Isu politik seringkali menjadi topik bualan harian netizen memandangkan sekarang ini berlakunya perubahan pentadbiran di negara kita. Hal ini membuatkan pelbagai isu disentuh termasuklah berkaitan agama rasmi negara.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi paparan screenshot yang menunjukkan perdebatan yang berlaku di antara netizen mengenai isu laungan azan.
“Tengok apa jadi di Penang bro? Azan tak boleh, melayu kena tekan. Buka mata sikit bro”
Kenyataan seorang lelaki di atas telah dibalas oleh seorang wanita yang menjelaskan bahawa rumah neneknya terletak bersebelahan Masjid Jalan Kelawai, Pulau Pinang.
Menurutnya azan di sana tidak berhenti berkumandang setiap kali masuk waktu solat sehinggakan percakapan di dalam rumah tidak boleh didengari berikutan speaker yang terlalu kuat.
Wanita yang dikenali sebagai Shahidah itu juga menyatakan sudah pasti terjaga pada awal pagi kerana terkejut mendengar azan Subuh. Selain itu, Shahidah turut mempersoalkan di mana kawasan dalam Pulau Pinang yang tiada laungan azan.
Membuta masa azan patutlah tak dengar
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong kenyataan yang telah ditulis oleh Shahidah. Malahan azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali di Pulau Pinang.
Patutlah fans Liverpool rupanya
Perdebatan itu bermula dengan perkongsian seorang gadis yang dihina kerana telah berkongsi sebuah video yang mengajak orang ramai menyertai parti Keadilan di Facebook.
Namun yang membuatkan gadis itu kecewa dan sedih adalah kerana banyak makian dan kata-kata kesat dilontarkan di ruangan komen itu datang dari mulut orang Melayu Islam.
Assalamualaikum. Ingatkah kau waktu dulu? Di kala saya dihina, dicaci, dimaki oleh puak-puak Anti Anwar Ibrahim. Disebabkan saya buat video mengajak orang ramai sertai KEADILAN sahaja.. Begini cetek kah akal orang Melayu Islam yang selama ni memperjuangkan MELAYU? pic.twitter.com/nDUcwKFD4m
— qtnana 🏴 (@nananasir___) August 18, 2021
Jijik tau!
Terdapat beberapa orang netizen berasa geram dan kesal dengan kata-kata kesat dan lucah itu yang langsung tidak mencerminkan imej sebagai umat Islam.
Sumber: Twitter @nananasir___

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit