Connect with us

Uncategorized

Lelaki Misteri Bagi Sedekah Pada Orang Miskin, Lempar Beribu Wang Kertas Dari Atas Bangunan

Memanglah orang kata duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya itu memerlukan duit. Sedangkan nak masuk tandas pun kena bayar zaman sekarang ini.

Tapi ada tak yang pernah ‘rezeki terpijak’ ? Itulah yang kini sedang berlaku baru-baru ini di Hong Kong apabila sejumlah wang kertas turun daripada langit umpama hujan duit.

Duit turun dari langit

Melihat wang kertas yang berterbangan turun, orang awam yang berada di sekitar pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mengutip wang tersebut.

Namun, selepas pihak berkuasa mendapat tahu mengenai berita tersebut, orang ramai telah diminta untuk tidak mengambil wang berkenaan.  Pihak berkuasa, bagaimanapun telah berjaya mengumpul kira-kira HK $ 5,000 (RM 2672.00).

Kongsi keuntunga dengan orang miskin

Difahamkan, terdapat satu video yang sedang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki ber’hoodie’ hitam membuat pengumuman untuk berkongsi keuntungannya dengan penduduk di kawasan berpendapatan rendah.

“Hari ini, 15 Disember, adalah hari terbesar untuk syarikat saya dalam dunia perdagangan. Saya harap semua orang di sini akan menjadi saksi kepada peristiwa penting ini. Saya tak pasti sekiranya ada di antara kamu semua yang percaya bahawa wang boleh jatuh dari langit…”

Susulan daripada video tersebut, pihak berkuasa sedang dalam usaha mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengagihkan wang itu.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu akan didenda sebanyak HK $ 5,000 (RM2672.00)  dan 12 bulan penjara, kerana telah melanggar peraturan ordinat awam dengan menyebabkan gangguan di tempat awam.

Sumber: South China Morning Post 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending