Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lelaki Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Ugutan Bunuh Kumpulan Radja

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Indonesia iaitu Radja pada Sabtu lalu.

Menurut laporan BH Online, tertuduh C S Muremthiran yang juga pemilik syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 37 tahun itu didakwa melakukan ugutan tersebut terhadap ahli kumpulan Radja iaitu Ian Kasela, 49; Seno Aji, 43 dan Mouldyanshah Mulyadi, 49; dengan niat menyebabkan mereka merasa cemas.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM8,000 oleh seorang penjamin terhadap tertuduh selain syarat tambahan mangsa dan saksi pendakwaan tidak diganggu tertuduh.

Namun begitu, peguam Amarpreet Singh yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya sudah beristeri serta menanggung ibu bapa yang semakin uzur.

Kredit foto: NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

“Selain itu tertuduh terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300,000 akibat penganjuran konsert kumpulan Radja di Johor Bahru, Sabtu lalu,” katanya.

Majistret memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain tidak boleh mengganggu serta mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes akan disebut semula pada 3 Mei nanti bagi penyerahan dokumen dan pengurusan kes.

Sumber: BH Online (Mohamed Farid Noh)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd