Connect with us

WTF

Lelaki Jepun Hasilkan Cincin Permata Menggunakan Kuku Yang Dikumpul Selama Setahun

Sebut sahaja mengenai cincin, pastinya sangat sinonim dengan kaum wanita. Aksesori ini sering kali menjadi pilihan utama bagi para wanita yang menghiasi jari jelmari mereka. Malah, sudah tentunya majlis-majlis penting seperti pertunangan dan perkahwinan, pemilihan cincin yang cantik serta memenuhi cita rasa bakal dititik beratkan oleh pasangan mereka.

Namun, idea seorang pemuda yang berasal dari Jepun ini boleh dianggap sebagai kreatif dan gila, kerana dia telah menghasilkan sebentuk cincin dengan menghasilkan batu permata dari kukunya sendiri.

Batu permata hasil dari kuku sendiri

Pemuda berkenaan menyatakan bahawa kuku-kuku berkenaan dipotong olehnya dan telah disimpan selama setahun. Cebisan-cebisan kuku itu, kemudian dikumpul dan diletakan dalam sebuah balang kaca.

Bertukar jadi sebuah pemata berwarna hitam!

Beribu-ribu cebisan potongan kuku itu, kemudiannya menjalani beberapa buah proses untuk membentuk mereka menjadi sebuah batu permata. Potongan kuku berkenaan kemudiannya bertukar warna menjadi hitam serta strukturnya seakan-akan tanah liat yang melekit.

Batu permata yang telah siap diproses berkenaan kemudiannya diletakkan pada sebuah cincin perak, juga hasil titik peluhnya sendiri.

Siap buat video tunjuk proses pembuatan

Lelaki ini juga, telah memuat naik sebuah video yang menunjukan proses cincin berkenaan dibuat melalui channel YouTube miliknya sendiri.

Cincin berkenaan adalah merupajan hasil daripada idea yang kreatif dan sudah pastinya tidak akan dijual. Sekalipun dijual, harganya pasti tidak akan terkira kerana dibandingkan dengan hasil titik peluhnya yang bertahun-tahun.

Sumber: Mstar.

Continue Reading
Advertisement

Trending