Infozon
Laut Mati, Adalah Peringatan Tentang Laknat yang Telah Lama Patut Mati

Ini adalah laut mati, letakknya di tengah-tengah Palestin, Israel dan Jordan. Nama saja laut, tetapi hakikatnya sebuah takungan.
Kebiasanya laut perlu ada sumber air dari muara. tapi laut mati adalah seperti kolam yangg terbentuk disebabkan oleh kerendahan tanah. macam kalau kita mahu buat kolam, kita perlu korek setempat di bawah paras tanah biasa baru kita boleh bubuh air sekumpul, kan? Haa, begitulah.
Jadi biar saya cerita sedikit tentang Laut Mati.
Laut Mati ini merupakan penempatan kaum Nabi Luth. Kaum yang terkenal dengan seks sejenis mereka di mana lelaki mendatangi lelaki, perempuan mendatangi perempuan, lelaki menggauli lelaki dan perempuan, perempuan menggauli perempuan dan lelaki.
Kaum Sodom. Jadi jelas perkataan sodomy yakni seks luar tabii dalam bahasa Inggeris adalah merujuk kepada kaum ini.
Nabi Luth bertahun-tahun telah berdakwah pada mereka untuk kembali kepada fitrah dan supaya tidak lagi melakukan apa yang ditegah. Namun setiap panggilanb baginda tidak diendahkan.
Sehinggalah pada satu hari malaikat diutus untuk memberitahu Nabi Luth supaya meninggalkan kaumnya kerana Allah SWT mahu menimpakan bala ke atas mereka.
“Mereka tidak dapat diselamatkan. Tinggalkan mereka. Pergi dan jangan toleh lagi,” beritahu malaikat.
Jadi, baginda pun memanggil ahli keluarga baginda dan diajak pergi. Semuanya akur termasuklah sang isteri.
Isteri Nabi Luth juga adalah salah seorang dari kaum Sodom ini. Ternyata apabila telah datang ketetapan Allah SWT untuk membala mereka yang ingkar— tetap akan sampai bala itu di mana saja duduknya sang ingkar.
Isteri baginda telah menoleh ke belakang dan dia juga menjadi salah seorang yang terbala.
Na’uzubillah min zaalik.
Bala kaum Sodom datang dengan cara Allah SWT mengoyakkan mukacbumi tempat kaki mereka berpijak. dikaut tanahnya, diangkat ke atas, diterbalikkan, dihempaskan semula lalu dihenyak-henyak sehingga berlembah ke dalam.
Cuba bayangkan doh donat yang tembam dengan yis. kau tumbuk tengah-tengahnya sampai habis. berlubang di tengah itu kan?
Begitulah jadinya kerendahan bumi yang terpaling di sini. sebagai petunjuk amarah Allah SWT dan sebagai simbol kehinaan kepada mereka yang hidup dalam kesonsangan.
Batu-batu putih di dalam gambar itu adalah garam. Iya, kau pergi dan kutiplah garam-garam yang terwujud di situ dek likatnya air laut mati.
Tidak ada satu pun hidupan yang Allah SWT izinkan untuk tinggal di sini.
Laut Mati, adalah peringatan tentang laknat yang telah lama patut mati.
Sumber : Fynn Jamal

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit