Connect with us

Cute

Kucing Betina Jalan Tak Stabil Kerana Masalah Saraf Lepas Jatuh Tingkat 9

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat akrab dengan manusia. Haiwan comel itu biasanya dipelihara dirumah sebagai teman untuk menghiburkan hati.

Namun begitu, kucing juga boleh mengalami kemalangan yang tidak diduga walaupun hanya berada di kawasan rumah. Mereka juga boelh tercedera dan mengalami komplikasi dalam diri.

Alami masalah saraf tapi masih comel

Sehubungan dengan itu, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang individu menggunakan nama Twitter @snugdeal3r telah memuat naik video seekor kucing yang mengalami masalah saraf sehingga mengganggu pergerakkannya kerana jatuh dari tingkat sembilan rumah.

 

Jatuh dari tingkat sembilan rumah

Menerusi video yang dimuat naik itu, kucing bernama Kattie dilihat terumbang-ambing kerana tidak dapat mengawal pergerakkannya dengan betul.
Walaupun kelihatan agak kasihan, keadaan Kattie adalah baik kerana sudahpun menerima rawatan dan sihat seperti sedia kala. Pergerakkannya yang tidak stabil itu adalah kesan daripada kemalangan yang menimpa kucing comel itu.

Pengguna Twitter itu juga sempat menjelaskan bahawa kucing tersebut bukanlah kucing peliharaannya tetapi milik seorang individu yang meninggalkan kucing comel tersebut di hotel kucing selama beberapa hari.

Dia juga sempat menyatakan kepada pengguna Twitter yang lain bahawa tidak beras sedih kerana Kattie sihat dn gembira bermain walaupun mengalami masalah saraf.

Sumber : @snugdeal3r 

Continue Reading
Advertisement

Trending