Inspirasi
“Kitaorang Anak Yatim, Tak Ada Ibu. Tak Ada Syurga La…” -Upin Ipin

Sejak semalam, sedutan daripada siri animasi popular Tanah Air, Upin Ipin telah menjadi tular di media sosial. Lontaran dialog karakter siri animasi tersebut begitu menyebakkan berikutan menyentuh berkenaan kehilangan orang tua.
Dalam video tersebut, watak Mail dan Fizi telah bercerita berkenaan syurga anak-anak di bawah kaki ibu dan perkara tersebut membuatkan karakter utamanya, Upin dan Ipin berasa hiba kerana tidak lagi mempunyai insan tersayang itu.
Tak ada mak, tak ada syurga
Sedutan episod tersebut telah dimuat naik oleh media Indonesia dan tular di kedua-dua buah negara kerana penonton berasa geram dengan keceluparan mulut Fizi serta reaksi sedih Upin Ipin.
Opah : Sudah yah..
Upin Ipin : Terimakasih Opah..
Mail : 😱
Fizi : 😔
.
.
Udah.. udah.. Mending nonton #UpinIpin Aja dehhh tiap hari, setiap Pukup 07.00 WIB, 12.00 WIB dan 18.00 WIB hanya di MNCTV. pic.twitter.com/DSBZ1KC9Wk— MNCTV (@Official_MNCTV) May 26, 2020
Tunggu kitaorang di syurga
Emosi penonton terus diselubungi hiba apabila pihak Les’ Copaque menayangkan iklan Upin dan Ipin menceritakan apa yang mereka bualkan bersama rakan-rakan kepada Opah.
Abah, Mak…
Selamat Hari Raya~
Tunggu kitaorang di syurga ye~
.#UpinIpin #HariRaya #selamathariraya #anakyatimpiatu pic.twitter.com/zlIjjSZGtk— Les' Copaque (@lescopaque) May 27, 2020
Nama Fizi trending
Nama Fizi juga trending di Twitter selepas video tersebut tular sejak semalam kerana hebat diperkatakan di Indonesia juga di Malaysia.
Sedih betul dialog diorang
Episod Syahdunya Syawal yang ditayangkan bersempena dengan Aidilfitri kali ini benar-benar berjaya merobek hati penonton baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Kejayaan Les’ Copaque dalam merangka jalan cerita yang menarik serta sarat pengajaran ini telah mendapat respon yang pelbagai daripada para penonton siri animasi kekeluargaan ini.
Banyak pengajaran dalam episod ni
Masuk habuk pula episod ni
Fizi ni memang nak kena pukul
Sumber : Les’ Copaque, MNCTV

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit