Inspirasi
Kisah Pilu Aisyah, Jadi Yatim Piatu Selepas Ibu Meninggal Akibat Covid-19

Tiada apa boleh diperkatakan lagi mengenai wabak Covid-19 yang sememangnya mampu meragut nyawa orang tersayang hanya dengan sekelip mata.
Begitulah terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Aisyah Alusa yang berasal dari Benda baru, daerah Pamulang, Tangerang Selatan, Jawa, Indonesia ini.
Menurut laporan Liputan 6, budak berusia 10 tahun itu kini menjalani kehidupan seorang diri selepas ibu tercinta Rina Darmakasumah meninggal dunia akibat virus pandemik berkenaan.
Pemergian si ibu telah mengubah 360 darjah kehidupan kanak-kanak tersebut kerana bapanya sudah lama dijemput Ilahi ketika umur Aisyah seawal dua tahun, kata Ketua Kampung Benda Baru, Marliansyah A Baset.
“Pada jumaat lalu, Rina mengadu dia sakit pening, batuk dan demam. Kemudian jiran-jiran setempat membawanya ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.
“Setibanya di sana, dia disuruh untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dan hasilnya mendapati dia positif virus tersebut,” kata A Baset.
Berikutan itu, pihak hospital meminta arwah Rina untuk dirawat di hospital namun memikirkan anak kecilnya itu bersendirian lalu dia hanya memilih untuk tinggal di rumah.
Walau bagaimanapun, pada Sabtu lalu, Aisyah mendapati ibunya sudah kaku dan tiada sebarang sahutan yang diberi ketika cuba mengejutkan wanita tersebut untuk menunaikan solat.
Memetik laporan Suara pula, Aisyah yang kini tinggal sebatang kara sedang dirawat di hospital kerana turut disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Ahad lalu.
Berat dugaan buat si kecil ini. Moga ada pihak bertanggungjawab tampil memberi pelindungan kepada Aisyah agar dapat menikmati kehidupan penuh kasih sayang seperti kanak-kanak lain.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit