Connect with us

Inspirasi

Kesian Abang Tentera! Dua Jari Terkena Kawat Duri, Luka Dalam Perlu Jahitan

Pengorbanan ‘frontliner’ memang luar biasa! Begitu juga dengan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Nazirul apabila dua jarinya cedera akibat terkena pagar kawat duri ketika menjalankan tugas di Petaling Jaya.

Namun mujur terdapat pasukan kecemasan oleh Rescue Bencana Malaysia, diketuai Mohd Dean Lau Abdullah berada di lokasi dan terus memberi rawatan pada jari yang terus mengalir darah itu.

“Pengorbanan frontliner ketika menjalankan tugas. Terkena dawai besi sehingga ke urat saraf. Mohon semua mendoakan abang askar ini cepat sembuh,” tulis UTVMEDIA di laman Facebook.

Sekumpulan doktor yang baru selesai melakukan sampel Covid-19 terhadap penduduk sekitar lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu turut menghulurkan bantuan lebih terperinci kepada anggota ATM berkenaan.

Menurut salah seorang doktor, beliau mengakui kawat duri yang dipasang adalah tajam malah jari anggota ATM itu mengalami luka yang agak dalam dan perlu menerima sedikit jahitan di unit kecemasan.

Tonton video penuh :

Sumber : Facebook , Youtube

Continue Reading
Advertisement

Trending