Connect with us

Inspirasi

Kereta Bertali Arus, Ibu Baring Beralas Kotak Leka Timang Anak Bawah Jejantas

Kebahagian seseorang itu bukanlah bergantung kepada kekayaan ataupun kesenangan di dunia. Apa yang lebih penting adalah dapat bersama dengan ahli keluarga tersayang walau apa keadaan sekalipun.

Tidak kiralah kita hidup dalam kesenangan ataupun serba kekurangan, anak-anak kecil pastinya menjadi pengubat lelah selepas penat membanting tulang seharian.

Baring beralas kotak timang anak

Menerusi beberapa gambar yang diperoleh daripada Twitter, seorang wanita telah bergurau dengan anaknya sambil berbaring di bawah jejantas berjaya membuatkan ramai berasa sebak.

https://twitter.com/Youngchats1/status/1187894344520536065

Kereta bertali arus desebalik jejantas

Hal tersebut jelas menampakkan kasih-sayang seorang ibu walaupun serba kekurangan dan berkemungkinan besar mereka hidup bergelandangan dengan tinggal di bawah jejantas.

Menerusi gambar-gambar tersebut, wanita itu telah mengangkat anaknya menggunakan kaki sambil dia berbaring beralaskan kotak. Kereta yang bertali arus dijalanan juga kelihatan disebalik dinding jejantas tempat mereka tinggal.

Gambar yang menyentuh hati itu sememangnya memberi seribu satu ikhtibar kepada semua mengenai kasih-sayang terhadap anak-anak walaupun hidup dalam kesusahan mahupun kesibukan dalam bekerjaya.

Sumber : youngchats

Continue Reading
Advertisement

Trending