Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Usaha Kurangkan Kadar Defisit Fiskal Kepada 4.3 Peratus – Fahmi

Kerajaan Perpaduan akan berusaha kurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam hantaran di Facebook beliau malam ini, Fahmi berkata defisit fiskal berjaya dikurangkan daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada lima peratus tahun lalu.

Kerajaan kurangkan kadar defisit fiskal

Artikel lain: Belanjawan 2024: MOF Laksana Dasar Fiskal, Inisiatif Kurangkan Kemiskinan

Beliau yang juga jurucakap kepada kerajaan berkata Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata untuk memastikan negara berada dalam landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi iaitu pelaburan perlu diutamakan selain peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus dan harga barang hendaklah terkawal.

“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-Allah kita di landasan ekonomi yang tepat… kadar pengangguran menurun, inflasi menurun dan FDI (pelaburan langsung asing) meningkat.

Dalam hantaran sama Fahmi turut berkongsi infografik pencapaian perkembangan ekonomi negara bagi suku keempat 2023 yang antara lain menyaksikan jumlah FDI merekodkan pelaburan RM17.1 billion.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd