Infozon
Kerajaan Selangor Tawar RM1,000 Pada Pasangan yang Berkahwin Sebelum Cecah Usia 35 Tahun

Biasalah kan bila nak kahwin ni, pastinya duit menjadi perkara utama yang difikirkan pasangan mempelai. Kata orang semuanya memerlukan duit, kalau tak ada duit memang tak jalan lah majlis tu nanti.
Namun bagi mereka yang menetap di Selangor, mereka akan menerima insentif daripada kerajaan negeri sekiranya berkahwin sebelum mencecah usia 35 tahun.
Program insentif yang julung kali diperkenalkan itu dikendalikan oleh Yayasan Warisan Selangor (YAWAS) dikenali sebagai Insentif Perkahwinan Belia itu akan memberikan ganjaran sebanyak RM500 setiap seorang pada suami dan pasangannya.
Para pengantin layak untuk menerima insentif itu sekiranya mereka memohon dalam tempoh setahun dari tarikh perkahwinan mereka. Permohonan hanya sekali malah pemohon boleh memohon insentif itu secara online di internet.
Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Negeri Selangor ATAU;
- Lahir di luar Negeri Selangor dan alamat MyKad mestilah dalam Selangor
- Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
- Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.
- Perkahwinan kali pertama sahaja
- Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh perkahwinan
- Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran dokumen dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh perkahwinan
- Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja
Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan diberikan Sijil Simpanan Premium bernilai RM500 daripada Bank Simpanan Nasional yang hanya boleh dijual kembali kepada pihak bank selepas tempoh 45 hari.
Lebih menyeronokkan lagi apabila program ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama mereka.
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web TAWAS di sini.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit